Peluang pelayanan yang bermakna

Sebelum saya bekerja dengan Pusat Kebajikan Good Shepherd (PKGS), saya bekerja dengan PACOS Trust dan Pertubuhan Masyarakat Kampung Kiau, Nuluh. Selepas itu saya bekerja sendiri mengusahakan tanah secara bertani sehingga saya menyertai PKGS pada 16 Januari 2012.

Selaku ko-ordinator Socio Economic Development Program (SED), di Kampung Tulid saya berharap komuniti yang berjalan bersama kami dalam program SED dapat meningkatkan kerjasama dalam penglibatan secara aktif dan komited dalam semua aktiviti yang dirancang bersama. Saya juga berharap agar mereka dapat menghargai tanah yang
mereka perolehi dan mempunyai sikap berdikari untuk mengusahakannya dengan berbekalkan segala kemahiran dan pengalaman yang diperolehi bersama dalam program SED.

Bagi saya, bekerja dengan PKGS, memberi peluang kepada saya untuk mempelajari perkara yang baru, bertumbuh dalam pelayanan dan juga berkongsi pengetahuan dan pengalaman dengan komuniti setempat.

Dengan ini saya menyeruh kepada komuniti setempat bahawa pencapaian dalam sesuatu pelayanan bukan diukur dari segi berapa banyak kejayaan yang diperolehi tetapi kesetiaan untuk tetap melaksanakannya walaupun menghadapi banyak rintangan dan kegagalan. Kegagalan, masalah dan cabaran bukanlah suatu pengakhiran, penutup dan penghalang, tetapi adalah sebagai satu peluang, permulaan, pembalajaran dan sumber motivasi untuk melaksanakan sesuatu perkara dengan lebih baik.

By Raineh Bt. Daransun, Socio Economic Development Program Officer